CIRI CIRI HORMAT- MENGHORMATI
- Bekerjasama tanpa mengira mengira kaum, agama, darjat, harta dan pangkat
- Memberi layanan mesra, sopan dan memberi penghormatan kepada orang lain
- Menghargai budi, jasa, pendapat dan kebolehan orang lain
CARA- CARA MENGAMALKAN AMALAN
- Tidak memperkecilkan/merendah-rendahkan kebolehan orang lain
- Mewujudkan persefahaman dan kerjasama
- Melatih dari supaya berkelakuan sopan
- Menyedari hidup dilingkumi undang-undang
- Melatih diri supaya tidak emosional
Hormat dan taat kepada ibu bapa
Kewajipan dan tanggungjawab seseorang anak bagi memuliakan ibu bapa
- Menolong ibu bapa
- Bercakap dengan sopan
- Tidak melawan cakap
- Berhemah tinggi dan berperibadi mulia semasa berkomunikasi
- Menghargai dan menyanjungi
- Mengenang jasa dan pengorbanan
- Meminta pandangan
Hormat dan taat kepada orang yang lebih tua, guru, rakan,jiran tetangga dan pemimpin.
Menunjukkan rasa hormat kepada dolongan tersebut dengan memberi layanan yang baik
CIRI-CIRI
- Ikhlas dan tidak mengharapkan balasan
- Menghormati orang tua tanpa mengira keturunan,pangkat, kedudukan dan harta
- Tidak menyinggung perasaan ibu bapa
- Menerima nasihat dan tunjuk ajar
CARA-CARA
- Menjaga pertuturan
- Memberi penghormatan kepada pemimpin
- Sentiasa memberi senyuman, bertanya khabar, atau ucap selamat
- Berkelakuan baik dan bersopan
- Tidak mementingkan diri
- Tidak syak wasangka
- Membantu jiran jika perlukan pertolongan
Hormat kepada Kepercayaan dan Adat Resam pelbagai Keturunan
Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia
CIRI-CIRI
- Amalkan adat resam dan kebudayaan sendiri
- Tidak mengejek, mengutuk, menghina adat dan kepercayaan orang lain
- Bebas mengamalkan adat dengan tidak melanggar peraturan
Hormat kepada keperibadian individu
Menghormati sifat-sifat yang tersendiri yang ada pada setiap individu, terutama golongan yang kurang bernasib baik
CIRI-CIRI
- Hormat kepada sifat fizikal, bakat, potensi dan fikiran
- Menjaga perasaan orang lain
- Menghormati golongan yang kurang bernasib baik
- Tidak memandang rendah orang lain
- Mempertimbangkan pendapat orang lain
Patuh kepada undang-undang
Menerima dan mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah di tentukan tanpa mengira di mana sahaja seseorang berada
CIRI-CIRI
- Memahami pentingnya undang-undang
- menerima hukuman setimpal
- berhati-hati dalam tindakan supaya tidak melanggar undang-undang
- mengetahui hak sendiri
Patuh kepada ketepatan masa.
Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah
CIRI-CIRI
- Menepati janji
- Mengurus masa
- Bahagi dan suna masa sepenuhnya
- Guna jadual waktu
- Tidak berlengah-lengah siapkan kerja
- Tidak menangguh kerja
Menghargai kebijaksanaan,pengalaman dan jasa
Menghargai seseorang kerana pengetahuan, pengalaman, pengorbanan dan jasanya dalam sesuatu lapangan
CIRI-CIRI
- Menghargai jasa pekerja yang beri khidmat, ilmu dan tenaga
- Menghargai pengorbanan ibu bapa
- Memberi penghormatan kepada tokoh-tokoh
Menghargai maruah diri
Menghargai maruah diri setiap individu tanpa mengira taraf dan kedudukan
CIRI-CIRI
- Mengamalkan sifat-sifat murni seperti baik hati, bercakap benar, berhemah tinggi
- Tidak merosakkan nama baik sendiri
- Menjaga perbuatan, tingkahlaku dan pertuturan
- Berpakaian secara sopan
0 Komentar